APAKAH ITU SUKAN ?
Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang atau untuk beriadah.
PERANAN SUKAN DALAM MEMBENTUK PELAJAR BERKUALITI
2. Sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Contohnya setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatihnya.
3. Sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya, seseorang pelajar yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar.
4. Sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi dan tidak cepat berputus asa.
5. Sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. Hal ini dikatakan demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Misalnya, seseorang pelajar yang bersukan pada setiap petang sudah banyak berpeluh.
Boleh Rujuk Video Sebagai Ringkasan ^_^
No comments:
Post a Comment