Tajuk: Peranan Sukan Dalam Membentuk Pelajar Berkualiti
Nama Ahli Kumpulan :
Vinot A/L Selvaraj (30DLS17F2055)
Afiq Imran Bin Mohd Shafiea (30DLS17F2007)
Mohammad Shahir Bin Shahabudin (30DLS17F2027)
Muhammad Izzad Ameer Bin Azmi (30DLS17F2066)
OBJEKTIF PENULISAN
Untuk menjelaskan kepentingan sukan kepada pelajar.
Supaya pelajar dapat melakukan aktiviti sukan dengan kerap.
Untuk menerapkan sikap positif dalam diri pelajar.
Supaya pelajar dapat menjadi seorang yang berkualiti dan berguna.
Saturday, February 16, 2019
APAKAH ITU SUKAN ?
Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang atau untuk beriadah.
PERANAN SUKAN DALAM MEMBENTUK PELAJAR BERKUALITI
1. Sukan dapat memupuk persahabatan dan perpaduan dalam kalangan pelajar. Apabila sesuatu jenis sukan diwakili oleh pelajar daripada pelbagai kaum, mereka sudah tentu akan bekerjasama dan saling membantu untuk mencapai satu matlamat, iaitu kejayaan.
2. Sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Contohnya setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatihnya.
3. Sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya, seseorang pelajar yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar.
4. Sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif.Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi dan tidak cepat berputus asa.
5. Sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. Hal ini dikatakan demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Misalnya, seseorang pelajar yang bersukan pada setiap petang sudah banyak berpeluh.
Boleh Rujuk Video Sebagai Ringkasan ^_^
Monday, January 28, 2019
KESIMPULAN
Sukan memainkan peranan penting dalam membentuk pelajar berkualiti.
Sukan juga dapat melahirkan pelajar sebagai seoran yang berdisiplin.
Sukan juga membantu pelajar untuk menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan mereka.
Sukan boleh menjadikan seseorang itu sihat dan mengurangkan tekanan.
Cadangan
Pihak kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan untuk bersukan di sekolah, universiti dan IPTA.
Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam sukan.
Para guru atau pensyarah perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran supaya boleh mengajar kepada pelajar.
Kerajaan perlu memperbanyakkan aktiviti sukan dan mengadakannya lebih kerap kepada pelajar.